Wednesday, 17 April 2013

Visi, Misi dan Falsafah Unit Bimbingan dan Kaunseling



Visi
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif,teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah. 

Misi
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek penggayaan, perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan serta berhemah berteraskan falsafah pendidikan negara. 

Falsafah
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembling secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Apa itu Kaunseling?

Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling…. Lagii??

Ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kepada etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistic baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien”
Majalah Kaunseling, bil1 2001

Salam Pengenalan Daripada Warga SK Telok Ramunia

 

Selamat Datang ke Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia
 "ahlan wasaahlan wa marhaban bikum"