Wednesday, 17 April 2013

Visi, Misi dan Falsafah Unit Bimbingan dan Kaunseling



Visi
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif,teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah. 

Misi
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek penggayaan, perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan serta berhemah berteraskan falsafah pendidikan negara. 

Falsafah
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembling secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment